satu cerita satu cinta

selamat datang ke dunia chenta.. ~chenta itu satu anugerah~

Ahad, 10 April 2011

Aku Dan Chenta


Destinasi Cinta
Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…


    lagu nh aku ckp minat..dgn melodi dan liriknya..
   sebab ia mengingatkan aku memori silam
tika aku hilang pergantungan dan harapan..

ya, aku x malu untuk mengaku.
 aku pernh merasa saat itu..
 aku pernah jatuh dan tengelam
dlm lumpur hitam..

tapi aku cb bangkit dan bangun
walaupon terlalu pahit dan sukar
 hingga kadang2 pernah ku fikiR
 dunia bkn tempatku lagi....

 ya...cahayanya...yg menemuKAN
 pada erti  "hidayah"
   dan bermulalah penghijrahanku..


            sahabat......
            aku ingin kau tahu..hidayah itu anugerah..
            bukan mudah untuk ddapati
            melainkan jika kau gigih mencari


            kerana pada hidayah itu
            ada kisah chenta
            yg perlu kau terokai..
            berubahlah sahabatku



            tika kita masih ada waktu...
            aku dan chenta

Tambah kapsyen
           kami bersatu dalam cahaya..
         yang menemukan aku pada
             Khaliq  yg Maha Esa....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan