satu cerita satu cinta

selamat datang ke dunia chenta.. ~chenta itu satu anugerah~

Ahad, 15 Januari 2012

~Merindui bumi barakah itu~part 1


Ya Rahim..
aku amat merindui bumi Mu ini..
ketenangan yg ada pada nya
ckp menenangkan hati..
 Ya Rahman..
izinkan kembali jasadku yang hina ini..
berpijak di bumi barakahMu itu..
kerana
di sana ada rahsia yg tersembunyi
kerna di sana ada lipatan memori
yang akhirnya
membawa aku menemui
Penciptaku...

Allahuakbar!
setelah hampir sebulan bergelumang dgn dunia exam..kini segalanya saya mampu tersenyum
tersenyum kerana berjaya menghabiskan amanah pengajian saya satu semester
Tersenyum
kerana akhirnya saya akan bersua dgn keluarga tersayang
dan Tersenyum
untuk meniti hadirnya hari-hari yg akan mendatang..

disebalik senyuman saya itu..
ada kegusaran yang bermain di hati saya..
saya ckp tersentuh
dan CEMBURU
dgn sahabat-sahabat saya..
kenapa?

kerna jasad mereka bertaburan di bumi anbiya,
Mesir, Jordan , Syiria, dan sebagainya..
lebih-lebih lagi mereka yang berada di MEKAH dan MADINAH
menjadi sebahagian penuntut ilmu di sana..
menjadi para MUJAHID di jalanNya..
Allahuakbar!
betapa mulianya mereka..
dipilih menjadi tetamuNya..

namun saya ckp gembira
dan merasa bangga dengan mereka
kerana saya tahu semanagat mereka terus mekar
memperjuangkan ISLAM di bumi ini..
lantaran itu..
Bumi Barakah ini menjadi penawar untuk saya..
menukilkan  satu memori di sana setelah hampir 5 bulan saya meninggalkannya..
banyak memori yang saya ingin nukilkan..
yap! saya optimis
cinta Mekah dan Madinah ini
merupakan inspirasi saya untuk maju ke depan!