satu cerita satu cinta

selamat datang ke dunia chenta.. ~chenta itu satu anugerah~

Selasa, 24 Mei 2011

Sketsa chenta



  • Seorang mukmin ketika kagum melihat ciptaan Allah.. hendaklah dia berkata "Tuhan, Tidak Engkau jadikan semua ini sia-sia, Maha suci Engkau..oh tuhan selamatkan kami dari api neraka..
  • Yahya  bin Muadz ar Razi berbisik kepada Allah, "Tuhan, malam hanya terasa indah apabila dapat berbisik kepada-Mu, tiada kelazatan dunia kecuali dengan berzikir kepada-Mu..Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan daripada-Mu..Syurga juga x terasa indah  kecuali apabila dapat melihat-Mu..

  • Rasulullah s.a.w juga bersabda, maksudnya : Allah taala menurunkan rahmat ke langit yang pertama, ketika tinggal sepertiga terakhir setiap malam, maka Allah berfirman:
.       "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan baginya, sesiapa memohon sesuatu daripada-Ku, maka aku berikan dia dan sesiapa yang meminta ampun daripada-Ku, maka aku ampuni dia".
                                                                                               (HR.Bukhari dan muslim drpd Abu Hurairah)


  • Doa antara azan dan iqamah itu tidak ditolak.(HR.Abu Dawud dan al-Tarmizi daripada Anas)


  • Keadaan hamba Allah yang paling hampir dengan tuhanNya ialah ketika dia sujud, maka banyakkanlah kamu berdoa ketika sujud itu,( HR. Muslim daripada abu Hurairah).


  • Dan tuhan kamu berfirman, "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan bagi kamu."                                                          (Al-Mu'min: 60)


  • "Demi Masa!  Sesungguhnya manusia di dalam kerugiaan. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran."                                                     (Al-Ashr)


  • "Ikatlah tautan Iman: Taat kepada Allah, bermusuh kerana Allah, kasih kerana Allah dan membenci kerana Allah".


  • sabda Nabi s.a.w: "Agama itu adalah nasihat: Bagi siapa (nasihat itu) ? Sabda Baginda s.a.w: Bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya dan bagi para pimpinan muslimin dan keseluruhan umat Islam."



              " Ya Allah, jadikanlah cintaku pada-Mu sebagai sesuatu yang paling kucintai dan jadikanlah kecemasanku terhadap-Mu sebagai sesuatu yang paling kucemaskan, Putuskanlah dari segala urusan dunia demi kerinduan-Mu..Bilamana Engkau pancangkan pandangan warga dunia kepada soal keduniaanya, maka pancangkanlah pandanganku untuk mengabdikan diri kepada Engkau semata-mata."
                                                         (Riwayat Abu Naim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan