satu cerita satu cinta

selamat datang ke dunia chenta.. ~chenta itu satu anugerah~

Jumaat, 5 Oktober 2012

Terima Kasih Ya Allah...

Alhamdulillah...


segala yang aku cari sudah ku temui jawapannya..
jauh tapi dekat..
sukar tetapi mudah..
dalam meneroka
dan membias 
menyelongkar seulit
makna secakir bahgia..

segala yg berlaku...pasti ada hikmahnya..
hanya Allah yang berhak menentukan perjalanan hambaNya..
dan berbahagialah mereka yg sentiasa mencari redhaNya...

terima kasih ya Allah..
dan kini..hanya doa aku mampu titipkan..


buat pembimbingku..
selamat berjuang di medan ilmu..
moga lelah dan letihmu terbayar dengan airmata kemenangan..
selamat berjuang di hujung pena
melakar kemenangan yang satu..
teruskan memahat cita-citamu..
kerna ku yakin..
jarak masa yg memisahkan
akan mengajar kita lebih tabah dan matang..
sang pencerah yang akan melakar sejarah yg
berpijak di arena dakwah..

ilmu yg dicari bisa mampu menjadi sinar
tika diri diulit  mentari
tika diri disapa mehnah
tika diri jatuh di asah
mantapkan dirimu
mengejar 
alur cita-citamu..
dalam naungan redha Illahi..

sesunguhnya penantian ini menjadi indah
jika segala-segalanya menuju Mardhatillah
berpijak di dahan nyata
bersaksi yang Maha Esa
kau utamakan Pencipta
melebihi harta nyawa dan penyunting jiwa..
nescaya...
cintaNYA kau miliki...
dan cinta orang yang mencintaiNya..

terima kasih Allah..
atas nikmat yang  diberi..
jadikan kami orang yang kau redhai
dunia dan akhirat..
dan redhailah kami menjadi khalifahMu
dalam menyebarkan manisnya ilmu..
agar satu hari nanti..
bumi ini  basah kembali..
diuntaian maniknya 
semanis ilmu yang kau hamparkan
buat hamba-hambaMU..

bittaufiq wa najah...
mg kejayaan menjadi milikmu..
wahai  para pejuang agama...
dan penagih 
cinta Illahi...

~bersama mengapai impian~