satu cerita satu cinta

selamat datang ke dunia chenta.. ~chenta itu satu anugerah~

Rabu, 5 Oktober 2011

~Lunturkan egomu! ~

Ego...ada apa padanya?
satu kalimah yg ckp ringkas..
namun punya banyak pengertian..

Manusia x pernah lari dr sifat ini..
mahukan yg terbaik, 
mahukan disegani dan dipandang tinggi..
lantas mereka meletakkan EGO drpada AKALNYA..
berbicara jika ia membawa faedah
dan melihat pradigma kehidupan dgn rasa GAH..
KERNA APA?
kerna ego yg ada dalam diri mereka..

x salah temanku,
jika ego itu sifatmu..
kerna ia sentiasa ada dalam kehidupan kita..
namun letakkanlah EGO mu itu pada tempatnya..
ada masa yg perlu kau tahu..
EGO MU itu perlu direndahkan..

hari ini aku ketemu,
seorang makcik tua..
yg masih bisa memerah keringatnya..
untuk keluarganya..
dengan linangan airmata..
dia mencurahkan segalanya..
dasar masa yg melingkari kehidupan,
dan segala ujian dan penghinaan..
KERNA ego YG TINGGI..
dia dipersenda dan dipermainkan
oleh mereka yg punya kuasa !
 kerna EGO..manusia lupa segala-galanya..

Teman..
simpanlah egomu itu..
andaikata ia mampu..
menjarakkan kau dengan sang -Khaliq..
Ego yg kau miliki biarlah menjadi wasilah
kau kembali padaNya..

Teman..
siapalah
kita dihadapan Rabbul izzati nanti..
hanya insan yg dhaif dan lemah..
x ada kekuatan..
melainkan  satu pengharapan
Rahmat dan keampunan
daripadaNya..

Teman,
hanya ada sedikit waktu yg berbaki..
rendahkanlah egomu..
carilah kebahagiaan dalam dirimu..
kerna kita tetap sama..
memiliki satu hati dan rasa
untuk memiliki cintaNya..




KERNA ALLAH SEBAIK-BAIK PERGANTUNGAN..


hari ini ada sejarah dalam hidupku,
ada kata yg mahu aku kongsikan,
hargailah mereka yg ada disekelilingi kita..
ayah, ibu, dan keluarga
merupakan permata yg paling berharga!
dan buat sahabat dan teman2..
hargailah mereka dan jalinkan kemesraan
..sementara kita masih diberi ruang untuk bernafas
di dunia ini..
jalinkanlah ikatan kasih sayang hanya kerana Allah..
Moga Allah pertemukan  kita kembali
di Syurga yg abadi..
kerna kita manusia..
x pernah lari dr melakukan kesilapan..
dan hanya kepada Allah tempat kita kembali..


ayuh temanku,
lunturkan egomu!


~"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa."-Al-Imran(133)~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan