satu cerita satu cinta

selamat datang ke dunia chenta.. ~chenta itu satu anugerah~

Jumaat, 5 Oktober 2012

Terima Kasih Ya Allah...

Alhamdulillah...


segala yang aku cari sudah ku temui jawapannya..
jauh tapi dekat..
sukar tetapi mudah..
dalam meneroka
dan membias 
menyelongkar seulit
makna secakir bahgia..

segala yg berlaku...pasti ada hikmahnya..
hanya Allah yang berhak menentukan perjalanan hambaNya..
dan berbahagialah mereka yg sentiasa mencari redhaNya...

terima kasih ya Allah..
dan kini..hanya doa aku mampu titipkan..


buat pembimbingku..
selamat berjuang di medan ilmu..
moga lelah dan letihmu terbayar dengan airmata kemenangan..
selamat berjuang di hujung pena
melakar kemenangan yang satu..
teruskan memahat cita-citamu..
kerna ku yakin..
jarak masa yg memisahkan
akan mengajar kita lebih tabah dan matang..
sang pencerah yang akan melakar sejarah yg
berpijak di arena dakwah..

ilmu yg dicari bisa mampu menjadi sinar
tika diri diulit  mentari
tika diri disapa mehnah
tika diri jatuh di asah
mantapkan dirimu
mengejar 
alur cita-citamu..
dalam naungan redha Illahi..

sesunguhnya penantian ini menjadi indah
jika segala-segalanya menuju Mardhatillah
berpijak di dahan nyata
bersaksi yang Maha Esa
kau utamakan Pencipta
melebihi harta nyawa dan penyunting jiwa..
nescaya...
cintaNYA kau miliki...
dan cinta orang yang mencintaiNya..

terima kasih Allah..
atas nikmat yang  diberi..
jadikan kami orang yang kau redhai
dunia dan akhirat..
dan redhailah kami menjadi khalifahMu
dalam menyebarkan manisnya ilmu..
agar satu hari nanti..
bumi ini  basah kembali..
diuntaian maniknya 
semanis ilmu yang kau hamparkan
buat hamba-hambaMU..

bittaufiq wa najah...
mg kejayaan menjadi milikmu..
wahai  para pejuang agama...
dan penagih 
cinta Illahi...

~bersama mengapai impian~






Isnin, 30 April 2012

Andai masa bisa berbicara

Allahuakbar, terlalu lama tinta ini sepi..hanya yg ada rahsia yg masih lg ku pendam..hari ini Dia menguji hamba-HambaNya termasuk diriku. Terlalu berat untuk ku terima..mg ini adalah jawapan yang ku cari selama ini...

membuat satu keputusan terlalu payah..untuk menilai baik n buruk semua perkara.

terlalu kerdil diri ini ya Allah..terlalu hina, maafkan aku..
mungkin ruang kita terlalu jauh..
biarkan aku mencari diriku kembali..berilah aku masa untuk menerima segalanya...

Allah...ingin ku kembali meniti masa yg dulu pernah ku tinggalkan
dan aku ckp merinduimu untuk bertemu di Baitullah..
Allah...
mg kau tetapkan hatiku di jalanMu..
jalan orang yang kau redhai Allah..

maafkan ku teman..
terlau banyak ruang yg perlu kita baiki

maafkan ku...mg jalan yg kita pilih ini merupakan jalan terbaik untuk kita
segalanya takdirNya..
kita mampu merancang, Allah yang menentukan...
yang berlalu, jangan ditangisi lg
esok yg masih ada
gunakan sebaiknya..
dan sesungguhnya Allah itu sebaik-baik pergantungan
Dia Maha Adil..
ujian yg kita terima ini
menandakan masih ada cintaNya untuk kita.
rebutlah cinta itu..
kerna aku percaya disana sebaik-baik cinta.
CINTA SANG PENCIPTA..
biarlah masa yg akan menghuraikannya
dan moga Allah mempermudahkan segala urusanmu..

hakikat bahgia dan cinta yang sebenar
bila diri merasa sentiasa dalam jagaaanNya

maaf aku terpaksa pergi
mungkin ini takdirku..
Alhamdulillah, ketenangan itu yang ku cari semakin hampir
bila aku diuji, DIA semakin hampir..
sesungguhnya ujian ini merupakan nikmat bagiku..

alhamdulillah..
Pesanku..
bimbinglah dia..mg dia menjadi permata yang bernilai dunia & akhirat..
dan doakan diri ini..
untuk aku mencari diriku yang hilang dulu..

ALLAH SEBAIK-BAIK PERGANTUNGAN...

amanat terakhir ku,

 marilah kita hidup
seperti orang yang menanti mati
kerna ingat mati itu
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiranya inilah detik terakhir
marilah kita mulakan semula
walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma..
namun itu lebih bermakna!

percayalah..
orang yang berhak hidup dalam ketenangan
adalah orang yang sentiasa bersedia menghadapi
kematian..  
-US PAHROL MOHD JUOI.., di mana DIA DIHATiku^^,

kerna kematian itu destinasi kita yang terakhir sebelum bertemu..
SANG PENCIPTA..


Sabtu, 4 Februari 2012

saya ingin terbang!




...
dulu bila saya lihat awan
saya selalu terbayang akan terbang di awan biru dan ketika itu
di bahu saya tergalas azam dan semangat biru!
 ops semangat baru!
itu kisah 2tahun lalu..
ketika saya masih biru dalam mencari ilmu..
dan kini kisah hidup saya banyak yang berubah
hingakan detik saat yg berlalu masih sempat saya  ingati..

 Allah Maha Adil
Dia mengetahui yang terbaik buat hambaNya

 hampir 2 tahun saya memendam rasa!
kenapa?sebab hati saya benar2 terikat utuk menimba ilmu jauh dari Malaysia..
namun saya redha
kerna takdir saya ada disini..
chenta Mekah dan Madinah banyak membuka mata saya
dan ia sebagai hadiah DariNya
kerna memilih saya menjadi tetaMuNYA
pada Ramadhan yang lalu..
terima kasih ya Allah
kerna memilih diri ini...


namun saya tekadkan diri
bumi Anbiya' itu akan saya tawan satu hari nanti!
biarpun jarak waktu itu masih lama
dan saya tekad untuk terbang!
terbang mencari harga diri!
terbang mencari imu setinggi awan!
terbang untuk melangkau mencari
chentaNYA!!
dan saya AKAN TERUS di sini
mewarnai kehidupan warna warni
dalam kotak kehidupan


saya, dulu dan selamanya
akan tetap menjadi
pemburu ilmu

biarpun waktu mengejar
mencemburui detik masa
dan saya tetap akan terbang !
walaupun jauh atau dekat
lambat atau cepat
untuk melakar kisah saya
buat tatapan masa depan!


saya ingin terbang!

khas untuk yang masih memburu ilmu..
jangan mudah putus asa dan mengeluh
andai yg diimpi tidak dapat digenggami
yang penting
ikhlaskan niat n bersedia untuk ke depan
kerna ISLAM memerlukan insan seperti kalian!!
menyebarkan ruh tauhid di bumi ini
dan merasai kenikmatan yg Allah hadiahi..

semangat pejuang yang kental
membawa Islam menyinar di bumiNYA..

Ahad, 15 Januari 2012

~Merindui bumi barakah itu~part 1


Ya Rahim..
aku amat merindui bumi Mu ini..
ketenangan yg ada pada nya
ckp menenangkan hati..
 Ya Rahman..
izinkan kembali jasadku yang hina ini..
berpijak di bumi barakahMu itu..
kerana
di sana ada rahsia yg tersembunyi
kerna di sana ada lipatan memori
yang akhirnya
membawa aku menemui
Penciptaku...

Allahuakbar!
setelah hampir sebulan bergelumang dgn dunia exam..kini segalanya saya mampu tersenyum
tersenyum kerana berjaya menghabiskan amanah pengajian saya satu semester
Tersenyum
kerana akhirnya saya akan bersua dgn keluarga tersayang
dan Tersenyum
untuk meniti hadirnya hari-hari yg akan mendatang..

disebalik senyuman saya itu..
ada kegusaran yang bermain di hati saya..
saya ckp tersentuh
dan CEMBURU
dgn sahabat-sahabat saya..
kenapa?

kerna jasad mereka bertaburan di bumi anbiya,
Mesir, Jordan , Syiria, dan sebagainya..
lebih-lebih lagi mereka yang berada di MEKAH dan MADINAH
menjadi sebahagian penuntut ilmu di sana..
menjadi para MUJAHID di jalanNya..
Allahuakbar!
betapa mulianya mereka..
dipilih menjadi tetamuNya..

namun saya ckp gembira
dan merasa bangga dengan mereka
kerana saya tahu semanagat mereka terus mekar
memperjuangkan ISLAM di bumi ini..
lantaran itu..
Bumi Barakah ini menjadi penawar untuk saya..
menukilkan  satu memori di sana setelah hampir 5 bulan saya meninggalkannya..
banyak memori yang saya ingin nukilkan..
yap! saya optimis
cinta Mekah dan Madinah ini
merupakan inspirasi saya untuk maju ke depan!