satu cerita satu cinta

selamat datang ke dunia chenta.. ~chenta itu satu anugerah~

Rabu, 19 Oktober 2011

Mutiara untuk pemimpin

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yg salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya."
                                                                                                                (Surah Ali 'Imran 3:104)

siapakah pemimpin?
adakah kita tergolong dr kalangannya?


sahabat..kita semua adalah pemimpin..
kenapa?
sebab kitalah yg memimpin dr kita sendiri, pemimpin kepada keluarga, pemimpin kepada agama, pemimpin kepada masyarakat..sebab Allah telah memilih manusia sebagai sebaik-baik ciptaannya..berbekalkan akal fikiran yg membawa kita kpd islam..jadi, ayuh tonjolkan kepimpinanmu itu! serulah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran.. 


berkatalah yg benar walaupon pahit...


soal kepimpinan bukan hanya dilihat sejauh mana sesorang itu hebat memimpin organisasi atau orang bawahan, tetapi lbh hampir kepada sejauh mana kuasa kepimpinan itu digunakan untuk menyeru kepada Islam..dewasa ini, topik kepimpinan amat hebat diperdebatkan. Ramai para pemimpin negara sibuk menonjolkan aura dan kepimpinan mereka hinggakan banyak benda yg tergendala..kenapa? dasar perjuangan yg mereka bawa amat jauh dari Islam..sibuk memperkatakan tentang PERJUANGAN walhal mereka terlalu jauh dari topik yg dibawa..


Saya tidak mahu mengulas lebih panjang tentang hal ini, cm apa yg perlu ditekankan,  dasar kepimpinan yg dibawa perlu kembali kepada ISLAM.  dan ingatlah, kepimpinan kita pada hari ini akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak..


Ayuh sahabat dan teman,


perbaiki diri dan muhasabah kembali..
siapa kita dan apa peranan kita pada hari ini?
kerna apa?
ianya merupakan satu amanah  dan kita akan dipersoalkan  dihadapan Rabbul Izzati..




jadi..mulakan langkahmu..
berkasih dengan taman2 ilmu..
lebarkan langkahmu menuju yg ESA..
dan islahkan dirimu..
Kerna apa?
Dirimu Ckp BERHARGA..
dipilih dan dilahirkan sebagai Muslim..
yg membawa agama yg mulia di sisi-Nya!
dan letakkan dirimu sebagai PEMIMPIN

untuk menegakkan agama...




Rabu, 5 Oktober 2011

~Lunturkan egomu! ~

Ego...ada apa padanya?
satu kalimah yg ckp ringkas..
namun punya banyak pengertian..

Manusia x pernah lari dr sifat ini..
mahukan yg terbaik, 
mahukan disegani dan dipandang tinggi..
lantas mereka meletakkan EGO drpada AKALNYA..
berbicara jika ia membawa faedah
dan melihat pradigma kehidupan dgn rasa GAH..
KERNA APA?
kerna ego yg ada dalam diri mereka..

x salah temanku,
jika ego itu sifatmu..
kerna ia sentiasa ada dalam kehidupan kita..
namun letakkanlah EGO mu itu pada tempatnya..
ada masa yg perlu kau tahu..
EGO MU itu perlu direndahkan..

hari ini aku ketemu,
seorang makcik tua..
yg masih bisa memerah keringatnya..
untuk keluarganya..
dengan linangan airmata..
dia mencurahkan segalanya..
dasar masa yg melingkari kehidupan,
dan segala ujian dan penghinaan..
KERNA ego YG TINGGI..
dia dipersenda dan dipermainkan
oleh mereka yg punya kuasa !
 kerna EGO..manusia lupa segala-galanya..

Teman..
simpanlah egomu itu..
andaikata ia mampu..
menjarakkan kau dengan sang -Khaliq..
Ego yg kau miliki biarlah menjadi wasilah
kau kembali padaNya..

Teman..
siapalah
kita dihadapan Rabbul izzati nanti..
hanya insan yg dhaif dan lemah..
x ada kekuatan..
melainkan  satu pengharapan
Rahmat dan keampunan
daripadaNya..

Teman,
hanya ada sedikit waktu yg berbaki..
rendahkanlah egomu..
carilah kebahagiaan dalam dirimu..
kerna kita tetap sama..
memiliki satu hati dan rasa
untuk memiliki cintaNya..




KERNA ALLAH SEBAIK-BAIK PERGANTUNGAN..


hari ini ada sejarah dalam hidupku,
ada kata yg mahu aku kongsikan,
hargailah mereka yg ada disekelilingi kita..
ayah, ibu, dan keluarga
merupakan permata yg paling berharga!
dan buat sahabat dan teman2..
hargailah mereka dan jalinkan kemesraan
..sementara kita masih diberi ruang untuk bernafas
di dunia ini..
jalinkanlah ikatan kasih sayang hanya kerana Allah..
Moga Allah pertemukan  kita kembali
di Syurga yg abadi..
kerna kita manusia..
x pernah lari dr melakukan kesilapan..
dan hanya kepada Allah tempat kita kembali..


ayuh temanku,
lunturkan egomu!


~"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa."-Al-Imran(133)~

Selasa, 4 Oktober 2011

~kelurga sakinah~

Terima kasih ya Allah..
atas nikmat yg kau kurniakan..





memiliki mereka membuatkan aku mengenali
nilai secebis kasih sayang 
dan mengajarkan
aku erti
kesyukuran..


Ya Allah..
kau berkatilah keluargaku ini...
curahkanlah rahmatmu..
peliharalah kami semua...
agar hati-hati kami
bisa bertaut di jalanMu...


Ya Allah..
berikanlah aku kesempatan..
untuk menyimpulkan kasih sayang antara kami
dgn kasih sayang yg kau anugerahi..


Ya Rahman..
kau ampunilah dosa-dosaku,
dosa kedua ibu-bapaku...
dosa adik beradikku..
dan dosa hamba-hambaMu...
Berikanlah kami hidayahMu..
kerna sesungguhnya..
kami hanya insan yg lemah..
dan hina...


ya Rahim...
kuaatkanlah ikatan kami..
hati-hati kami..
untuk mencintaimu...
mg ikatan ini yg akan membawa kami kelak bertemu dganmu..
di Syurga yg abadi...


Keluarga yg bahagia..
bukan sekadar ilusi dan khayalan,
namun sebuah realiti kehidupan..
Mereka yg mengenali chenta..
akan bertatih menyusuri jalanNya..


keluarga sakinah...
terdapat didalamnya
keberkatan dalam kehidupan...
beruntunglah mereka yg menghargai dunia ini..
dan mengunakan
masa yg ada
dengan sebaik-baiknya...


Terima kasih Allah atas segalanya..





Jumaat, 29 Julai 2011

~Ahlan wa sahlan ya Ramadhan~

Alhamdulillah...beberapa hr lg tirai syaaban akan berlabuh, dan tetamu Ramadhan akan hadir...syukur sangat2 dberi kesempatan untuk meraikannya..



da lama dah x up date blog nh..masa yg ada x ckp untuk menukilkan segalanya..cm akhir Syaaban nih terasa ckp sayu..ntah la..byk peristiwa yg terjadi..suka ngn statement nh" kita hanya merancang, Allah yg menentukannya.."



Alhamdulillah, bln puasa nh diriku dpilih untuk menjadi tetamu d bumi barakah Mekah &Madinah..tempoh berkampung selama sebulan dharapkan menjadi satu memori yg terindah dlm hidup nh..^^,..Allah..terlalu teruja dan sedikit terkejut bl menerima lamaran untuk ke sana..hingga ke saat-saat akhir nh pon masih lg x percaya jasadku akan berada di sana..Allah..syukran ya RAb..kerana memilih insan yg hina ini menjadi tetamuMu...



yap..kalau dah rezeki dan takdir kita..terimalah seadanya",...
ntahlah, kalu fikir n renung balik perjalanan diriku, banyak yg menyimpang dr perancangan awal..
dr spm...diploma..hinggalah sekarang..
x terungkap..
tapi yg paling aku terharu..
Perancangan Allah itu terlalu HEBAT..
sesungguhnya aku x layak menerima segala yg Engkau Beri..
Allah...
sesunguhnya Engkau Maha Kuasa...
alhamdulillah, terima kasih ya Allah...



Ramadhan ya Ramadhan...
jauh d sudut kecil hatiku,
masih lagi terselit ketakutan..
yap..ketakutan untuk berteMu-Mu disana...
di hadapan kaabah..
Allah..terlalu banyak dosa yg melingkari jasadku ini...
Moga Engkau ampunkan dosa-dosaku ini...
sesunguhnya aku hanya hamba yg dhaif dan hina...



mg ramadhan yg akan datang..
menjadi madrasah yg akan mendidik jiwaku..
menjadi hambaMu yg bertaqwa..
menjadi wanita yg punya kekuatan..
untuk memperjuangkan kebenaran..
walaupon ku tahu..
perjuangan itu terlalu pahit..
terlalu sukar...
melainkan jika kecintaan padaMu
melebihi segala-galanya...



Allah..cm satu pintaku..
suburkanlah cintaku padaMu..
melebihi cinta dunia ini..
jadikanlah aku..
sebagai kekasihMu..
pandulah aku
mencari HidayahMu..
dan Redhakanlah aku..
sebagai hambamu...



Mg Ramadhan yg akan datang ini..
memberi nafas cinta yg baru bagiku..
terima kasih ya Allah...
untuk segalanya...

Khamis, 2 Jun 2011

~Terima kasih chenta~


Terima kasih chenta!
kerna membenarkan ku merasainya...
walaupun seketika...

"Sahabat..teman...kawan..."
kalimah yg ckp bermakna dlm hidupku..
mereka yg pernah hadir dlm hidup ini terlalu ISTIMEWA..
hilangnya tetap tersemat di jiwa...

1 tahun..
bukan waktu yg lama..
1 bln..hatta 1 hari...
perkenalan itu ckp bermakna...
kerna ia menyedarkn aku..
hidup ini satu perkongsian...

Dulu..
teman selalu mengingatkan...
andai aku terlupa dan tersasar..
jauh dr landasan..
nasihatnya bukan satu leteran..
tapi satu ungkapan yg
membawa aku pulang..
pada yg Maha Esa...

sungguh aku rindukan kembali...
saat aku jatuh...
dan mereka di sisi...
x pernah mengeluh dan membenci..
walaupun diri disakiti...

Allah...hanya Engkau yg mampu membalas..
budi dan jasa mereka...
yg selalu memimpin sahabatnya ini..

Aku mengaku ya Rahman...
aku terlalu lemah..
bila diuji..
aku bukan sehebat dan segagah yg mereka sangkakan...
adakalanya aku ckp malu berada dikalangan mereka...
apatah lagi bila  berdepan dgn-Mu..
kerna aku tetap insan..
yang punya kelemahan..

Namun...
punya mereka yg bergelar teman..
membuatkan aku menyedari..
mereka pembakar semangat dr ini..
pencetus kasih sayang..
dan pemberi CHENTA..
yg cukup hebat...
kerna apa?

Mereka membawaku menemui-Mu..
bertatih dalam mencari redha-Mu...
dan berjuang bersamaku..
dalam menggapai cahyaa Chenta-Mu..

Jumaat, 27 Mei 2011

~Hati itu milik-Nya~


Hati....
kenapa dengan hati?
sebab ia cukup sinonim dengan kita...
selalu dekat dengan kita..bahkan satu nyawa buat kita..
ops..tapi hati-hati dgn "hati'..
kenapa??
sebab hati lah ramai yg hidup..
sebab hati ramai yg  mati...
kerna hati itu satu anugerah..
ianya menjadi yg terbaik..
andaikata hati itu dilentur dgn "cahaya"
tetapi mati jika dibina dengan "api"..

hidup nh sangat UNIK kn?
adakala kita suka satu benda n benci dgn satu benda..
tapi yg benci dan suka 2  blh bertukar dlm sekelip mata..
kenapa ye?
coz 2 peranan hati..

 
jadi..nak dapatkan hati yg bersih atau kotor?
tepuk dada tanya iman...

marilah sama-sama kita bersihkan hati..
mg ia jalan terbaik mendekati-Nya..





















 
~muhasabah bersama~

Selasa, 24 Mei 2011

Sketsa chenta



  • Seorang mukmin ketika kagum melihat ciptaan Allah.. hendaklah dia berkata "Tuhan, Tidak Engkau jadikan semua ini sia-sia, Maha suci Engkau..oh tuhan selamatkan kami dari api neraka..
  • Yahya  bin Muadz ar Razi berbisik kepada Allah, "Tuhan, malam hanya terasa indah apabila dapat berbisik kepada-Mu, tiada kelazatan dunia kecuali dengan berzikir kepada-Mu..Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan daripada-Mu..Syurga juga x terasa indah  kecuali apabila dapat melihat-Mu..

  • Rasulullah s.a.w juga bersabda, maksudnya : Allah taala menurunkan rahmat ke langit yang pertama, ketika tinggal sepertiga terakhir setiap malam, maka Allah berfirman:
.       "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan baginya, sesiapa memohon sesuatu daripada-Ku, maka aku berikan dia dan sesiapa yang meminta ampun daripada-Ku, maka aku ampuni dia".
                                                                                               (HR.Bukhari dan muslim drpd Abu Hurairah)


  • Doa antara azan dan iqamah itu tidak ditolak.(HR.Abu Dawud dan al-Tarmizi daripada Anas)


  • Keadaan hamba Allah yang paling hampir dengan tuhanNya ialah ketika dia sujud, maka banyakkanlah kamu berdoa ketika sujud itu,( HR. Muslim daripada abu Hurairah).


  • Dan tuhan kamu berfirman, "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan bagi kamu."                                                          (Al-Mu'min: 60)


  • "Demi Masa!  Sesungguhnya manusia di dalam kerugiaan. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran."                                                     (Al-Ashr)


  • "Ikatlah tautan Iman: Taat kepada Allah, bermusuh kerana Allah, kasih kerana Allah dan membenci kerana Allah".


  • sabda Nabi s.a.w: "Agama itu adalah nasihat: Bagi siapa (nasihat itu) ? Sabda Baginda s.a.w: Bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya dan bagi para pimpinan muslimin dan keseluruhan umat Islam."



              " Ya Allah, jadikanlah cintaku pada-Mu sebagai sesuatu yang paling kucintai dan jadikanlah kecemasanku terhadap-Mu sebagai sesuatu yang paling kucemaskan, Putuskanlah dari segala urusan dunia demi kerinduan-Mu..Bilamana Engkau pancangkan pandangan warga dunia kepada soal keduniaanya, maka pancangkanlah pandanganku untuk mengabdikan diri kepada Engkau semata-mata."
                                                         (Riwayat Abu Naim)

Ahad, 22 Mei 2011

anak yang soleh adalah tanaman harum dari syurga


Khalifah Harun al-Rasyid berkata kepada guru anak-anaknya : "Amirul Mukminin telah mempercayai kamu dengan segala rasa senang hati, maka bertanggungjawablah atas anak ini dan jadiknlah ia agar mematuhimu. ajarkanlah kepadanya al-Quran, berilah ia pengetahuan dan penerangan, ajarkan padanya cara membaca dan menghafal syair, jelaskan padanya sunnah Nabi, ajari ia berpidato dan cara mengakhirinya, jangan bolehkan ia tertawa kecuali ada sebabnya. Tetapi janganlah kamu melampaui batas sehingga ia bosan dan lelah. Janganlah kamu biarkan ia mengganggur. Disiplinkan ia sedapat mungkin tapi dengan ketulusan dan kasih sayang."

Beberapa hadis Rasulullah s.a.w mengungkapkan beberapa prinsip pendidikan anak, antaranya: "Muliakanlah anak-anakmu dan ajarkanlah kepada mereka adab (akhlak)..Seseorang yang memberikan disiplin pada anaknya lebih baik dari memberinya wang setiap hari...Bermain-mainlah dengan anakmu hingga ia berusia 7 tahun, kemudian latihlah untuk berdisiplin pada 7 tahun berikutnya, dan setelah itu biarkanlah ia tidak bergantung padamu lagi."

Dalam sebuah hadis Rasulullah yg bermaksud:
"Didiklah anak-anakmu, kerana mereka dilahirkan untuk suatu waktu yang bukan waktumu."

Dalam hadis lain disebutkan:" Anak yang soleh adalah tanaman harum dari syurga."


~ajarilah mereka dgan ilmu dan agama, perlengkapkan mereka dgn senjata iman dan islam~

~menangislah puteriku~

da lm x menjengok blok nh...msh byk yg kn improve..xpe..slow-slow lah kn? belajar bertatih n then br berlari..ana cukup suka jd blok-walker, kutip2 pengalaman hdp org..yap, sebab kehidupan nh kan unik..ada ruang untuk memberi dan menerima..yg penting yg baik jadikan panduan..


Alhamdulillah, bl semakin dewasa nh byk benda yg ana belajar..macam2 ada..pahit n manis hidop..cm bl melihat apa yg terjadi cb muhasabah dr..Allah, terlalu bnyak yg perlu dbaiki..untuk jd yg terbaik, byk benda yg perlu dkorbankan..hatta harta, masa dan jiwa..ari nh, rasa dr terlalu lmh..bila dr ditimpa ujian..dan biasanya, penawarnya melalui tangisan..TANGISAN? apa citer dsebaliknya?



Tangisan merupakan satu fitrah semulajadi manusia..kehadiran si bayi yg mungil dengan satu tangisan mencerminkan segala-galanya..kerna langkah hidupnya kini bermula..tangisan merupakan satu nikmat x kira bg lelaki mahupun perempuan. Namun mentaliti berpendapat menangis menandakan lemahnya emosi seseorang lebih-lebih lagi bg seorang lelaki..Maka sebab itu lelaki banyak menahan air matanya, berbanding perempuan yg mempunyai naluri yg lbh halus dan cepat tersentuh..namun, menangislah andaikata ia dapat meringankan bebanmu..sebab menangis x bererti kita kalah dan lemah..


Allah memuji hamba-hambaNya yg menangis kerana mencapai tahap Makrifatullah dan takut padanya..

Firman Allah s.w.t: "Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Al-isra' 17:109)

di dalam hadis Abu Raihanah, katanya: "kami keluar bersama Rasulullah s.a.w dalam sebuah peperangan dan aku mendengar Rasulullah bersabda: 'Diharamkan neraka bagi mata yang selalu menangis keran takut kepada Allah s.w.t" (Riwayat al-Hakim no 2432)

Sahabatku,  sebgai umt islam kita x digalakkan menangis melulu dan sebagainya,tapi digalakkan menangis dalam keadaan seperti:
  • Menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yg lampau
  • Menangis kerana takutkan azab-azab Allah
  • Mengalirkan air mata ketika sujud dan khusyuk mengadapNya
  • Menangis ketika berdoa mengharapkan pergantungan kepada Allah
  • Menangis ketika bertemu kembali dengan sahabt lama
  • Menangis melihat kemenangan Islam keatas Kuffar
  • Menangis setelah mendapat redha ibubapa
  • Menangis melihat agama islam di hina dan undang-undang islam diabaikan..
Menangislah...andai kita masih ada waktu..
Menangislah andai itu yg kalian mahu..
Serahkan tangisan dan pengharapanMu hanya padaNya..
InsyaAllah kau akan menemukan yg terbaik dalam hidupmu...

"Allah...ukhti, ana diuji lagi..kenapa ana?? ana dah terlalu lemah untuk menghadapi semua nih.."  (luahan hati seorang sahabat tika diuji dengan masalah hati)

"Innalillahi wa inna ilaihirajiun..."..Allah, ampuni dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka di kalangan orang-orang yg beriman...(ketika menerima khabar kematian seseorang)

"Ya Allah, beratnya ujianmu...x taertanggung oleh hambamu yg lemah ini..."

dan ketika ini ana ckp yakin, tangisanlah yg menemani kita semua..

Menangislah sahabatku..andai masih ada lg waktu..
Menangislah agar jiwa kita kembali padaNya..
Menangislah andai ia mengurangkan bebanmu..
Menangislah andainya ia terbaik untukmu...

kerna kita tetap manusia..
Merasa kecewa dan lemah bila diuji..
mengharapkan sesuatu untuk menemani..
moga tangisan itu
bisa menjadi peneman hidupmu..

~besarnya nikmat tangisan itu~kajian dr sudut perubatan

  1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan:  mengeluarkan zat-zat kimia dr tubuh manusia
  2. Meningkatkan kadar degupan jantung: membantu menimbulkan perasaan tenang
  3. Menghalang penyakit: mereka yg memendam lbh berisiko menghidap radang dan luka pd perut
  4. Membebaskan racun dr badan
  5. Air mata mengandungi 25% protein                                                                                       
                                                                                                              (sumber: Majalah Solusi)

~sama2 muhasabah diri~

Selasa, 26 April 2011

Cinta dalam perjuangan




Perjuangan? pe makna ye...banyak yg blh di ertikan..bagi aku perjuangan nh terlalu luas..coz nh la misteri kehidupan..ada yg berjuang untuk nama, pangkat, harta, n kedudukan..aku cukup geram kalu ada yg berpendapat  harta adalah segalanya...ye..aku x pernah salahkan kalian..maybe dimensi kalian berbeza dgn aku..tapi yg aku tahu, dsebabkan harta..ramai yg terbuang, terluka n tenGGELAM dalam dunia..perkara nh la yg akhirnya menjerumuskan kita ke dalam kebinasaan....Allah, lindungilah kami dr fitnah dunia...


bercakap sal perjuangan nh, aku ckp tertarik ngan hakikat perjuangan untuk islam..ops,pernah dengar x? kurang jelas? em,topik nh da basi? ops, penting ke? jap..em saya blum bersedia..saya pon baru je kenal islam..n yg paling jelas Aku X NAK PEDULI.. x kisah la apepon korang punya alasan, aku nak korang faham yg korang nih tetap makhluk Allah, hambanya, n punya tuntutan yg perlu dlaksanakan..


jap, bro..aku nh agama pon kuam2 kuku je, ilmu pon x seberapa, sentuh plak dalam bab perjuangan..blh tak jelaskan ckt?


Gulp, sorry..perjuangan..yg aku blh terangkan kat cn benda yg korang pertaruhkan dalam hidup kalian..punya matlamat jangka panjang..n sebabkan tu lah korang sanggup melepaskan benda yg korang sayang..n mudahnya..kita alhamdulillah dah dberikan nikmat untuk hidop dalam agama islam, n dkurniakan kefahaman tentang islam..tp setakat mana kudrat n tenaga yg kita salurkan untuk islam?


ERk..sy nh termasuk jgk ke?sy nh ilmu x seberapa nh...diri pon bnyak yg kurang lg..tunggu saya bersedia dl blh?


ops..aku pon sama dengan kalian,ilmu  pon byk yg masih tunggu untuk aku ceduk, banyak yg aku kn blaja blik, kn tambah n baiki, so kita sama2 bina blik..dah2..teruskan perjuangan kita, kurangkan alasan 2..ingat satu je, setinggi manapon kita, n serendah manapon kita, kita tetap hambaNya, wajib sampaikan apa yg kita tahu..x pe, sharing is caring kn? so praktikal dlm kehidupan ye...



sebenarnya, aku yakin ramai yg dah faham hakikat perjuangan nh..yg dah faham 2 tolong ALERT ye! aku nak share somethng nh..aku pon student gak, jd aku faham situasi korang..ramai yg bl study nh...study giler2..x kisah la, 2 yg terbaik..tp SAYANGNYA x ramai yg nk ambl peluang untuk turun dlm lapangan masyarakat..turun untuk sebarkan tentang islam...nape ye? ALASANNYA..x de masa la, assignment lagi, ala aku nak mantap study dl...n yg JELAS.. apa AKU PEduli, pandai2 la bw dr...



ops, aku x nak salahkan korang, ada yg kurang faham dalam bab nh..ye, STUDY IS IMPORTANT, tp kalo la Allah tarik nyawa kita, blh ke kita jwb blik dpn Allah  maCam 2? muhasabah n koreksi la dr kita blik...setakat mana kita dah infaqkan dr kita untuk ISLAM..ops muhasabah 2 lbh pd renungan n infaq 2 sumbangan..faham kan?



my frenz, masih x terlambat untuk aku ingat kan dr kita sama2..hidup nh satu perjuangan, n ISLAM agama yg pandu kita..bersyukur dgn nikmatnya..berjuang untuk islam Nh sangat luas...korbankanlah masa kalian, harta kalian, hatta JIWA KALIAN untuk ISLAM..ye, walaupon dalam sekecil perkara, mg apa yg kita sumbangkan itu membawa perubahan untuk ISLAM..



jom sama2 susuri n hayati firman Allah:


         Wahai  orang-orng yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu , "Berangkatlah (untuk berperang )  di jalan Allah, "kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih meyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini ( dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.  (al-Taubah 38)



        JIka kamu tidak berangkat ( untuk berperang) Nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain , dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah maha Kuasa atas segala sesuatu.  (al-Taubah 39)



   sahabat, teman , n kawan seperjuangan n seIslam, aku cm mahu kalian tahu, kewajipan kita..wajib kita sampaikan n sebarkan Islam kat muka bumi nh..n bl sentuh dalam bab cinta, kalian kena ingat, perjuangan menegakkan Islam ini adalah yg tertinggi di sisi Pencipta..bl kita ingin dapatkan cinta yg hakiki, berpasaklah pada bumi yng nyata..Carilah CINTA  d antara cinta2 yg kalian ada...cinta dlm perjuangan nh adalah wasilah nya...cukoplah, berhentilah mengejar cinta yg sia-sia, yg akhirnya kalian akan letih dan dikecewa n mengecewakan..tp bertatih n berlarirah mengejar cinta dalam perjuangan, nescaya kalian akan dapat cinta yg penuh pengertian...berhentilah mencari cinta tanpa penghujung...tp rebutlah CHENTA HAKIKI.. kerna apa? kerna itu adalah hak kalian yag perlu kalian miliki!!! ayuh...gegarkan jiwamu dan suburkannya dgan CHENTA PERJUANGAN...



DAN HAYATILAH VIDEO NH..... MG ALLAH ALLAH TETAPKAN HATI2 KITA DALAM SATU PERJUANGAN YANG SAMA BERMATLAMATKAN UNTUK MEMPERJUANGKAN ISLAM KEMBALI...


berCHENTA LAH....BERTATIH DAN BERlarilah merebut CHENTA ITU...KERNA aku yahin CHENTA INI lah yg akan menemukan kita pada SANG KHALIQ YANG MAHA ESA...


DAN SESUNGGUHNYA CHENTA ITU SATU ANUGERAH YG SUNGGUH BERMAKNA....


Ahad, 10 April 2011

Aku Dan Chenta


Destinasi Cinta
Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…


    lagu nh aku ckp minat..dgn melodi dan liriknya..
   sebab ia mengingatkan aku memori silam
tika aku hilang pergantungan dan harapan..

ya, aku x malu untuk mengaku.
 aku pernh merasa saat itu..
 aku pernah jatuh dan tengelam
dlm lumpur hitam..

tapi aku cb bangkit dan bangun
walaupon terlalu pahit dan sukar
 hingga kadang2 pernah ku fikiR
 dunia bkn tempatku lagi....

 ya...cahayanya...yg menemuKAN
 pada erti  "hidayah"
   dan bermulalah penghijrahanku..


            sahabat......
            aku ingin kau tahu..hidayah itu anugerah..
            bukan mudah untuk ddapati
            melainkan jika kau gigih mencari


            kerana pada hidayah itu
            ada kisah chenta
            yg perlu kau terokai..
            berubahlah sahabatku



            tika kita masih ada waktu...
            aku dan chenta

Tambah kapsyen
           kami bersatu dalam cahaya..
         yang menemukan aku pada
             Khaliq  yg Maha Esa....