satu cerita satu cinta

selamat datang ke dunia chenta.. ~chenta itu satu anugerah~

Ahad, 22 Mei 2011

~menangislah puteriku~

da lm x menjengok blok nh...msh byk yg kn improve..xpe..slow-slow lah kn? belajar bertatih n then br berlari..ana cukup suka jd blok-walker, kutip2 pengalaman hdp org..yap, sebab kehidupan nh kan unik..ada ruang untuk memberi dan menerima..yg penting yg baik jadikan panduan..


Alhamdulillah, bl semakin dewasa nh byk benda yg ana belajar..macam2 ada..pahit n manis hidop..cm bl melihat apa yg terjadi cb muhasabah dr..Allah, terlalu bnyak yg perlu dbaiki..untuk jd yg terbaik, byk benda yg perlu dkorbankan..hatta harta, masa dan jiwa..ari nh, rasa dr terlalu lmh..bila dr ditimpa ujian..dan biasanya, penawarnya melalui tangisan..TANGISAN? apa citer dsebaliknya?



Tangisan merupakan satu fitrah semulajadi manusia..kehadiran si bayi yg mungil dengan satu tangisan mencerminkan segala-galanya..kerna langkah hidupnya kini bermula..tangisan merupakan satu nikmat x kira bg lelaki mahupun perempuan. Namun mentaliti berpendapat menangis menandakan lemahnya emosi seseorang lebih-lebih lagi bg seorang lelaki..Maka sebab itu lelaki banyak menahan air matanya, berbanding perempuan yg mempunyai naluri yg lbh halus dan cepat tersentuh..namun, menangislah andaikata ia dapat meringankan bebanmu..sebab menangis x bererti kita kalah dan lemah..


Allah memuji hamba-hambaNya yg menangis kerana mencapai tahap Makrifatullah dan takut padanya..

Firman Allah s.w.t: "Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Al-isra' 17:109)

di dalam hadis Abu Raihanah, katanya: "kami keluar bersama Rasulullah s.a.w dalam sebuah peperangan dan aku mendengar Rasulullah bersabda: 'Diharamkan neraka bagi mata yang selalu menangis keran takut kepada Allah s.w.t" (Riwayat al-Hakim no 2432)

Sahabatku,  sebgai umt islam kita x digalakkan menangis melulu dan sebagainya,tapi digalakkan menangis dalam keadaan seperti:
  • Menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yg lampau
  • Menangis kerana takutkan azab-azab Allah
  • Mengalirkan air mata ketika sujud dan khusyuk mengadapNya
  • Menangis ketika berdoa mengharapkan pergantungan kepada Allah
  • Menangis ketika bertemu kembali dengan sahabt lama
  • Menangis melihat kemenangan Islam keatas Kuffar
  • Menangis setelah mendapat redha ibubapa
  • Menangis melihat agama islam di hina dan undang-undang islam diabaikan..
Menangislah...andai kita masih ada waktu..
Menangislah andai itu yg kalian mahu..
Serahkan tangisan dan pengharapanMu hanya padaNya..
InsyaAllah kau akan menemukan yg terbaik dalam hidupmu...

"Allah...ukhti, ana diuji lagi..kenapa ana?? ana dah terlalu lemah untuk menghadapi semua nih.."  (luahan hati seorang sahabat tika diuji dengan masalah hati)

"Innalillahi wa inna ilaihirajiun..."..Allah, ampuni dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka di kalangan orang-orang yg beriman...(ketika menerima khabar kematian seseorang)

"Ya Allah, beratnya ujianmu...x taertanggung oleh hambamu yg lemah ini..."

dan ketika ini ana ckp yakin, tangisanlah yg menemani kita semua..

Menangislah sahabatku..andai masih ada lg waktu..
Menangislah agar jiwa kita kembali padaNya..
Menangislah andai ia mengurangkan bebanmu..
Menangislah andainya ia terbaik untukmu...

kerna kita tetap manusia..
Merasa kecewa dan lemah bila diuji..
mengharapkan sesuatu untuk menemani..
moga tangisan itu
bisa menjadi peneman hidupmu..

~besarnya nikmat tangisan itu~kajian dr sudut perubatan

  1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan:  mengeluarkan zat-zat kimia dr tubuh manusia
  2. Meningkatkan kadar degupan jantung: membantu menimbulkan perasaan tenang
  3. Menghalang penyakit: mereka yg memendam lbh berisiko menghidap radang dan luka pd perut
  4. Membebaskan racun dr badan
  5. Air mata mengandungi 25% protein                                                                                       
                                                                                                              (sumber: Majalah Solusi)

~sama2 muhasabah diri~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan