satu cerita satu cinta

selamat datang ke dunia chenta.. ~chenta itu satu anugerah~

Jumaat, 27 Mei 2011

~Hati itu milik-Nya~


Hati....
kenapa dengan hati?
sebab ia cukup sinonim dengan kita...
selalu dekat dengan kita..bahkan satu nyawa buat kita..
ops..tapi hati-hati dgn "hati'..
kenapa??
sebab hati lah ramai yg hidup..
sebab hati ramai yg  mati...
kerna hati itu satu anugerah..
ianya menjadi yg terbaik..
andaikata hati itu dilentur dgn "cahaya"
tetapi mati jika dibina dengan "api"..

hidup nh sangat UNIK kn?
adakala kita suka satu benda n benci dgn satu benda..
tapi yg benci dan suka 2  blh bertukar dlm sekelip mata..
kenapa ye?
coz 2 peranan hati..

 
jadi..nak dapatkan hati yg bersih atau kotor?
tepuk dada tanya iman...

marilah sama-sama kita bersihkan hati..
mg ia jalan terbaik mendekati-Nya..





















 
~muhasabah bersama~

Selasa, 24 Mei 2011

Sketsa chenta



  • Seorang mukmin ketika kagum melihat ciptaan Allah.. hendaklah dia berkata "Tuhan, Tidak Engkau jadikan semua ini sia-sia, Maha suci Engkau..oh tuhan selamatkan kami dari api neraka..
  • Yahya  bin Muadz ar Razi berbisik kepada Allah, "Tuhan, malam hanya terasa indah apabila dapat berbisik kepada-Mu, tiada kelazatan dunia kecuali dengan berzikir kepada-Mu..Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan daripada-Mu..Syurga juga x terasa indah  kecuali apabila dapat melihat-Mu..

  • Rasulullah s.a.w juga bersabda, maksudnya : Allah taala menurunkan rahmat ke langit yang pertama, ketika tinggal sepertiga terakhir setiap malam, maka Allah berfirman:
.       "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan baginya, sesiapa memohon sesuatu daripada-Ku, maka aku berikan dia dan sesiapa yang meminta ampun daripada-Ku, maka aku ampuni dia".
                                                                                               (HR.Bukhari dan muslim drpd Abu Hurairah)


  • Doa antara azan dan iqamah itu tidak ditolak.(HR.Abu Dawud dan al-Tarmizi daripada Anas)


  • Keadaan hamba Allah yang paling hampir dengan tuhanNya ialah ketika dia sujud, maka banyakkanlah kamu berdoa ketika sujud itu,( HR. Muslim daripada abu Hurairah).


  • Dan tuhan kamu berfirman, "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan bagi kamu."                                                          (Al-Mu'min: 60)


  • "Demi Masa!  Sesungguhnya manusia di dalam kerugiaan. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran."                                                     (Al-Ashr)


  • "Ikatlah tautan Iman: Taat kepada Allah, bermusuh kerana Allah, kasih kerana Allah dan membenci kerana Allah".


  • sabda Nabi s.a.w: "Agama itu adalah nasihat: Bagi siapa (nasihat itu) ? Sabda Baginda s.a.w: Bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya dan bagi para pimpinan muslimin dan keseluruhan umat Islam."



              " Ya Allah, jadikanlah cintaku pada-Mu sebagai sesuatu yang paling kucintai dan jadikanlah kecemasanku terhadap-Mu sebagai sesuatu yang paling kucemaskan, Putuskanlah dari segala urusan dunia demi kerinduan-Mu..Bilamana Engkau pancangkan pandangan warga dunia kepada soal keduniaanya, maka pancangkanlah pandanganku untuk mengabdikan diri kepada Engkau semata-mata."
                                                         (Riwayat Abu Naim)

Ahad, 22 Mei 2011

anak yang soleh adalah tanaman harum dari syurga


Khalifah Harun al-Rasyid berkata kepada guru anak-anaknya : "Amirul Mukminin telah mempercayai kamu dengan segala rasa senang hati, maka bertanggungjawablah atas anak ini dan jadiknlah ia agar mematuhimu. ajarkanlah kepadanya al-Quran, berilah ia pengetahuan dan penerangan, ajarkan padanya cara membaca dan menghafal syair, jelaskan padanya sunnah Nabi, ajari ia berpidato dan cara mengakhirinya, jangan bolehkan ia tertawa kecuali ada sebabnya. Tetapi janganlah kamu melampaui batas sehingga ia bosan dan lelah. Janganlah kamu biarkan ia mengganggur. Disiplinkan ia sedapat mungkin tapi dengan ketulusan dan kasih sayang."

Beberapa hadis Rasulullah s.a.w mengungkapkan beberapa prinsip pendidikan anak, antaranya: "Muliakanlah anak-anakmu dan ajarkanlah kepada mereka adab (akhlak)..Seseorang yang memberikan disiplin pada anaknya lebih baik dari memberinya wang setiap hari...Bermain-mainlah dengan anakmu hingga ia berusia 7 tahun, kemudian latihlah untuk berdisiplin pada 7 tahun berikutnya, dan setelah itu biarkanlah ia tidak bergantung padamu lagi."

Dalam sebuah hadis Rasulullah yg bermaksud:
"Didiklah anak-anakmu, kerana mereka dilahirkan untuk suatu waktu yang bukan waktumu."

Dalam hadis lain disebutkan:" Anak yang soleh adalah tanaman harum dari syurga."


~ajarilah mereka dgan ilmu dan agama, perlengkapkan mereka dgn senjata iman dan islam~

~menangislah puteriku~

da lm x menjengok blok nh...msh byk yg kn improve..xpe..slow-slow lah kn? belajar bertatih n then br berlari..ana cukup suka jd blok-walker, kutip2 pengalaman hdp org..yap, sebab kehidupan nh kan unik..ada ruang untuk memberi dan menerima..yg penting yg baik jadikan panduan..


Alhamdulillah, bl semakin dewasa nh byk benda yg ana belajar..macam2 ada..pahit n manis hidop..cm bl melihat apa yg terjadi cb muhasabah dr..Allah, terlalu bnyak yg perlu dbaiki..untuk jd yg terbaik, byk benda yg perlu dkorbankan..hatta harta, masa dan jiwa..ari nh, rasa dr terlalu lmh..bila dr ditimpa ujian..dan biasanya, penawarnya melalui tangisan..TANGISAN? apa citer dsebaliknya?



Tangisan merupakan satu fitrah semulajadi manusia..kehadiran si bayi yg mungil dengan satu tangisan mencerminkan segala-galanya..kerna langkah hidupnya kini bermula..tangisan merupakan satu nikmat x kira bg lelaki mahupun perempuan. Namun mentaliti berpendapat menangis menandakan lemahnya emosi seseorang lebih-lebih lagi bg seorang lelaki..Maka sebab itu lelaki banyak menahan air matanya, berbanding perempuan yg mempunyai naluri yg lbh halus dan cepat tersentuh..namun, menangislah andaikata ia dapat meringankan bebanmu..sebab menangis x bererti kita kalah dan lemah..


Allah memuji hamba-hambaNya yg menangis kerana mencapai tahap Makrifatullah dan takut padanya..

Firman Allah s.w.t: "Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Al-isra' 17:109)

di dalam hadis Abu Raihanah, katanya: "kami keluar bersama Rasulullah s.a.w dalam sebuah peperangan dan aku mendengar Rasulullah bersabda: 'Diharamkan neraka bagi mata yang selalu menangis keran takut kepada Allah s.w.t" (Riwayat al-Hakim no 2432)

Sahabatku,  sebgai umt islam kita x digalakkan menangis melulu dan sebagainya,tapi digalakkan menangis dalam keadaan seperti:
  • Menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yg lampau
  • Menangis kerana takutkan azab-azab Allah
  • Mengalirkan air mata ketika sujud dan khusyuk mengadapNya
  • Menangis ketika berdoa mengharapkan pergantungan kepada Allah
  • Menangis ketika bertemu kembali dengan sahabt lama
  • Menangis melihat kemenangan Islam keatas Kuffar
  • Menangis setelah mendapat redha ibubapa
  • Menangis melihat agama islam di hina dan undang-undang islam diabaikan..
Menangislah...andai kita masih ada waktu..
Menangislah andai itu yg kalian mahu..
Serahkan tangisan dan pengharapanMu hanya padaNya..
InsyaAllah kau akan menemukan yg terbaik dalam hidupmu...

"Allah...ukhti, ana diuji lagi..kenapa ana?? ana dah terlalu lemah untuk menghadapi semua nih.."  (luahan hati seorang sahabat tika diuji dengan masalah hati)

"Innalillahi wa inna ilaihirajiun..."..Allah, ampuni dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka di kalangan orang-orang yg beriman...(ketika menerima khabar kematian seseorang)

"Ya Allah, beratnya ujianmu...x taertanggung oleh hambamu yg lemah ini..."

dan ketika ini ana ckp yakin, tangisanlah yg menemani kita semua..

Menangislah sahabatku..andai masih ada lg waktu..
Menangislah agar jiwa kita kembali padaNya..
Menangislah andai ia mengurangkan bebanmu..
Menangislah andainya ia terbaik untukmu...

kerna kita tetap manusia..
Merasa kecewa dan lemah bila diuji..
mengharapkan sesuatu untuk menemani..
moga tangisan itu
bisa menjadi peneman hidupmu..

~besarnya nikmat tangisan itu~kajian dr sudut perubatan

  1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan:  mengeluarkan zat-zat kimia dr tubuh manusia
  2. Meningkatkan kadar degupan jantung: membantu menimbulkan perasaan tenang
  3. Menghalang penyakit: mereka yg memendam lbh berisiko menghidap radang dan luka pd perut
  4. Membebaskan racun dr badan
  5. Air mata mengandungi 25% protein                                                                                       
                                                                                                              (sumber: Majalah Solusi)

~sama2 muhasabah diri~