satu cerita satu cinta

selamat datang ke dunia chenta.. ~chenta itu satu anugerah~

Rabu, 19 Oktober 2011

Mutiara untuk pemimpin

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yg salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya."
                                                                                                                (Surah Ali 'Imran 3:104)

siapakah pemimpin?
adakah kita tergolong dr kalangannya?


sahabat..kita semua adalah pemimpin..
kenapa?
sebab kitalah yg memimpin dr kita sendiri, pemimpin kepada keluarga, pemimpin kepada agama, pemimpin kepada masyarakat..sebab Allah telah memilih manusia sebagai sebaik-baik ciptaannya..berbekalkan akal fikiran yg membawa kita kpd islam..jadi, ayuh tonjolkan kepimpinanmu itu! serulah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran.. 


berkatalah yg benar walaupon pahit...


soal kepimpinan bukan hanya dilihat sejauh mana sesorang itu hebat memimpin organisasi atau orang bawahan, tetapi lbh hampir kepada sejauh mana kuasa kepimpinan itu digunakan untuk menyeru kepada Islam..dewasa ini, topik kepimpinan amat hebat diperdebatkan. Ramai para pemimpin negara sibuk menonjolkan aura dan kepimpinan mereka hinggakan banyak benda yg tergendala..kenapa? dasar perjuangan yg mereka bawa amat jauh dari Islam..sibuk memperkatakan tentang PERJUANGAN walhal mereka terlalu jauh dari topik yg dibawa..


Saya tidak mahu mengulas lebih panjang tentang hal ini, cm apa yg perlu ditekankan,  dasar kepimpinan yg dibawa perlu kembali kepada ISLAM.  dan ingatlah, kepimpinan kita pada hari ini akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak..


Ayuh sahabat dan teman,


perbaiki diri dan muhasabah kembali..
siapa kita dan apa peranan kita pada hari ini?
kerna apa?
ianya merupakan satu amanah  dan kita akan dipersoalkan  dihadapan Rabbul Izzati..




jadi..mulakan langkahmu..
berkasih dengan taman2 ilmu..
lebarkan langkahmu menuju yg ESA..
dan islahkan dirimu..
Kerna apa?
Dirimu Ckp BERHARGA..
dipilih dan dilahirkan sebagai Muslim..
yg membawa agama yg mulia di sisi-Nya!
dan letakkan dirimu sebagai PEMIMPIN

untuk menegakkan agama...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan